terima kasih kawan-kawan

Wednesday, August 4, 2010

aku sgt terharu bile ramai kengkawan aku yg bg sokongan. sama ada yg sudah menjadi ibu, belum lagi menjadi ibu, hampir menjadi ibu dan belum lagi jadi isteri orang! sume bagi sokongan kat aku. sungguh terharu. sob sob sob.

semangat aku jadi semakin kuat dan semakin berazam utk susukan maisarah sepenuhnya. insayAllah. bebaru ni aku ade bagi msg kat member aku. die ni sorang peer consultant utk duniasusuibu.com. member kisas aku dulu. budak ni mmg baek pon. dari zaman skolah dia budak baek. eh budak kisas mmg baek. aku je produk reject! aku tanye pendapat die pasal masalah aku ni. so dia reply dengan panjang lebar dan penuh nasihat. aku suke.
cube korang bace ape yg die reply kat aku...sungguh terharu. maybe kepada yg jugak hadapi masalah sama ngan aku bleh sesame share nasihat mardziah ni.



Abu Ibtisam Ummu Ibtisam
August 4, 2010 at 7:17pm
Re: Mar..
Waalaikumussalm wbt.

Ingat Nurul, yang tinggi melampai tu. Hehe.

Alhamdulillah, tahniah kerana menyusukan anak!

Sebenarnya, memang takde makanan penambah susu, "susu penambah susu" - anmum, enfamama dll. PUNCA sebenar ibu kurang susu adalah PENAT dan kurang rehat. Cuba dapakan rehat. Balik rumah, minta tolong suami buat semua kerja rumah (tanggungjawab ibu adalah menyusukan anak).

Konsep utama susu ada adalah demand=supply. Samada menyusu terus atau mengepam. Sebaik-baiknya adalah menyusu secara terus. Jika berjauhan dengan bayi, barulah mengepam.

Cadangan kita (disebabkan Ramadhan dah makin dekat), Nurul kerapkan mengepam (dengan tenang, istighfar sambil mengepam, set kat kepala, ni rezeki untuk anak aku, doa minta Allah supaya berikan susu untuk anak. Jika banyak tu yang terhasil, itulah rezeki untuk anak pada hari esok).

Mungkin anak Nurul alami nursing strike (menolak untuk menyusu secara terus) ataupun mungkin masa tu anak Nurul bukan nak menyusu. Dia panggil "fussy baby". Kadang-kadang anak bukan nak menyusu, dia nak kita peluk, tukar lampin, dodoi dll. Cuba menyusu terus waktu dia mamai nak tidur. InsyaAllah, dia akan mencari dan mencari puting untuk dihisap.

Kuatkan semangat ye Nurul. ELAKKAN berkata susu tak cukup untuk anak. Daripada Abu Hurairah r.a katanya bahawa Rasulullah saw bersabda, Allah swt berfirman, “Sesungguhnya apa-apa yang akan Aku lakukan terhadap hambaKu adalah mengikut sangkaan hambaKu terhadapKu. Puasa TIDAK AKAN mengurangkan pengeluaran susu, malah puasa menambah kualiti susu yang dihasilkan (ibu menyusu bersabar dll).

Moga Allah mudahkan Nurul menyusu anak :-).

notakakiku: kepada kawan2 yg bnyk bg nasehat dan sokongan...hugs**

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails