Aku pon rindu Din..

Wednesday, April 14, 2010

Nampaknya kehilangan Allahyarham Din Beramboi begitu memberi kesan kepada Aznil Hj Nawawi. Sehingga sekarang, Aznil masih belum mampu untuk memulakan tugas dalam segmen Riuh Pagi Era di stesen radio Era.

"Pemergian arwah masih saya rasai dan sehingga kini saya tidak tahu bagaimana ingin melangkah ke konti. Saya tahu hidup perlu diteruskan dan kini saya sedang mencari kekuatan untuk menempuhinya.

"Terlalu banyak kenangan manis bersama arwah yang saya sukar untuk dilupakan. Setiap kali nampak orang perut buncit, saya terbayangkan dia, bau minyak wangi yang dipakainya pun buat saya termenung teringatkan dia.
"Ciri-ciri yang ada pada arwah, sentiasa membuat saya rasakan dia masih ada. Buat masa ini saya belum tergamak lagi. "

"Era bagi beberapa pilihan kepada saya iaitu sama ada mereka akan mencari pengganti untuk bersama-sama saya dan mulakan semuanya semula atau saya akan bergerak secara solo atau pun saya sendiri buat pilihan untuk tidak akan meneruskannya lagi.

"Dalam masa terdekat ini mungkin saya lebih selesa untuk bergerak secara solo, namun secara jujurnya saya ingin tumpukan kepada bidang pengacaraan di televisyen.

"Minggu hadapan mungkin perkara ini akan dibincangkan secara terperinci " ujarnya yang mengakui terlalu banyak termenung sejak pemergian arwah.
sumber : mStar

Be strong Pak Nil. Memang agak bosan skang ni waktu pagi aku sebab dah tadek Din Beramboi.
Serius sgt boring bile dgr Dina ngan Along Cham ke udara.
Cuba beralih dgr HotFm.
Still tak dapat rase feeling yang sama masa aku dgr lawak bangang Din.

Agak boring jugak la bile Pak Nil pon tak kuar radio.
Aku rase gandingan Din ngan Pak Nil sgt sesuai.
Tapi aku sgt tak sangka pemergian Din bagi kesan yg sangat dalam kat Pak Nil.

We miss him too Pak Nil.

Dah tadek lagi Shasha.
Dah tadek lagi Mr Tan.
Dah tadek lagi Sawan Cara.
Mane peginye Drama Sebabak!!

Sedih.Serius.Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Din Beramboi.
Walaupun aku bukan lah sedara mara die, tapi pemergiannya terlalu tragis buat aku dan suami!

Al-Fatihah~

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails